Abstract
Satu latihan kebakaran anjuran bersama pihak konsesi, pejabat Bomba Seremban 2 dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) telah berjaya dilaksanakan pada 23 Mei 2024. Program ini bertujuan memberikan pendedahan praktikal kepada semua penghuni kolej kediaman mengenai cara-cara mengendalikan alat pemadam kebakaran serta memahami prosedur yang perlu diikuti ketika berlakunya kebakaran. Program latihan ini merupakan satu langkah proaktif dalam memastikan penghuni kolej lebih bersedia dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Latihan kebakaran ini tidak memerlukan penggunaan dana, namun ia tetap dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan disokong sepenuhnya oleh pihak Bomba dan Penyelamat Seremban 2. Mereka memainkan peranan penting dengan mengadakan demonstrasi yang terperinci mengenai cara memadamkan api dengan betul menggunakan alat pemadam api. Para penghuni diberikan peluang untuk terlibat secara langsung dalam latihan praktikal ini. Semua penghuni kolej kediaman dapat melihat sendiri bagaimana alat pemadam api berfungsi serta memahami setiap bahagian dan kegunaannya. Pendedahan ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada penghuni untuk bertindak pantas dan tepat sekiranya menghadapi situasi kebakaran yang sebenar.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Bakar, Muhammad Hakim UNSPECIFIED Abd Halim Pahmi, Nur Izzati UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar |
ISSN: | 3030-6752 |
Keywords: | Bomba Seremban 2, Jawatankuasa Perwakilan Kolej, JPK |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105946 |