Permainan nostalgia / Mohamad Aliff Suhaimi and Nazratul Nisa Eshak

Suhaimi, Mohamad Aliff and Eshak, Nazratul Nisa (2024) Permainan nostalgia / Mohamad Aliff Suhaimi and Nazratul Nisa Eshak. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Pada 12 Mei 2024, Ahad, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) telah menganjurkan satu program bertemakan Permainan Nostalgia yang berlangsung di Perkarangan Parkir Kolej Puteri Mayang Selida. Program ini bertujuan untuk mengimbau kembali kenangan permainan tradisional yang sering dimainkan oleh generasi terdahulu. Antara permainan yang dipertandingkan adalah capteh, baling selipar, dan galah panjang. Seramai 30 orang siswi telah mengambil bahagian dalam acara ini. Walaupun penyertaan dari kalangan siswa tidak ada, program ini tetap berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan hangat dari kalangan siswi yang terlibat. Program ini menampilkan tiga permainan tradisional utama, iaitu Capteh. Capteh merupakan sebuah permainan yang menguji kemahiran dan ketangkasan kaki pemain dalam menimbang capteh. Seterusnya, permainan baling selipar. Permainan yang memerlukan ketepatan balingan dan strategi dalam menjatuhkan selipar. Permainan tradisional yang turut dimainkan ialah galah panjang. Program anjuran JPK ini melibatkan 17 orang ahli jawatankuasa di dalam pelbagai aspek pengurusan dan persiapan program. Kos program yang diluluskan untuk penganjuran ini adalah sebanyak RM390.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Suhaimi, Mohamad Aliff
UNSPECIFIED
Eshak, Nazratul Nisa
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar
ISSN: 3030-6752
Keywords: Jawatankuasa Perwakilan Kolej, JPK, siswi, siswa
Date: October 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105938
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 105938.pdf] Text
105938.pdf

Download (581kB)

ID Number

105938

Indexing

Statistic

Statistic details