Abstract
Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dengan bangganya telah menganjurkan sebuah program kolaborasi AEROZEST yang bertemakan Healthy Body Healthy Mind pada 20 Jun 2024. Program yang berlangsung di kawasan perkarangan parkir hadapan Kolej Puteri Mayang Selida ini telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 200 pelajar daripada pelbagai fakulti. Peruntukan yang telah diluluskan dan digunakan untuk program ini adalah RM100. Program ini merupakan inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga kampus dengan menyertai aktiviti senaman dan aerobik secara berkumpulan. Program ini diadakan pada waktu petang, bermula tepat jam 5.00 petang dengan tujuan memberikan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental melalui aktiviti riadah yang santai dan menyeronokkan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Anuar, Nur Aqmar UNSPECIFIED Ngah, Nor Syamaliah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin Unit Residensi & Hospitaliti Pelajar |
ISSN: | 3030-6752 |
Keywords: | Jawatankuasa Sukan Pelajar, JSP, AEROZEST, gaya hidup sihat |
Date: | October 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105919 |