Inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi maklumat (ICT) / Siti Aishah Sokhibul Fadil, Suhaila Sharil and Ahmad Faiz Haji Ahmad Ubaidah

Sokhibul Fadil, Siti Aishah and Sharil, Suhaila and Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz (2024) Inovasi pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi maklumat (ICT) / Siti Aishah Sokhibul Fadil, Suhaila Sharil and Ahmad Faiz Haji Ahmad Ubaidah. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Teknologi Maklumat (ICT) telah menjadi salah satu komponen penting dalam kehidupan manusia pada masa kini. Penggunaan teknologinya yang sangat pesat dan luas dalam seluruh sistem pengurusan termasuklah institusi pendidikan telah banyak mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menghasilkan pelbagai inovasi dengan kecanggihan alat teknologi serta bersesuaian dengan trend PdP pada hari ini. Hal sedemikian kerana kewujudan teknologi ICT ini telah menjadikan nilai pengetahuan (ilmu) yang diangkat tinggi dalam masyarakat kerana dengannya apa yang dipanggil pendidikan sepanjang hayat dapat dimungkinkan (Mokmin 2004). Nilai sebegini menjadi satu dorongan kepada institusi pendidikan untuk terus mengorak langkah maju ke hadapan menggunakan ICT untuk manfaat dan kebaikan kepada pelajar generasi kini. Begitu juga, kepada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti UiTM yang turut menyokong kuat penglibatan pensyarah dalam inovasi PdP menggunakan ICT dan memanfaatkan aplikasi ICT seperti Canva, Powerpoint, Poster Maker, Adobe dan lain-lain dalam tugasan pelajar yang berteraskan pembelajaran sepanjang hayat.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sokhibul Fadil, Siti Aishah
UNSPECIFIED
Sharil, Suhaila
UNSPECIFIED
Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin ACIS
ISSN: 2600-8289
Keywords: ICT, Canva, Powerpoint, Poster Maker, Adobe
Date: October 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105907
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 105907.pdf] Text
105907.pdf

Download (594kB)

ID Number

105907

Indexing

Statistic

Statistic details