Kemboja putih dan telur ayam / Nur Nariza Mod Arifin, Fauziah Deraman and Ahmad Izzat Mod Arifin

Mod Arifin, Nur Nariza and Deraman, Fauziah and Mod Arifin, Ahmad Izzat (2024) Kemboja putih dan telur ayam / Nur Nariza Mod Arifin, Fauziah Deraman and Ahmad Izzat Mod Arifin. Buletin FPN S3. ISSN 2805-4539

Abstract

Telur ayam merupakan “hot item” di mana-mana sahaja. Pelbagai juadah dapat dihasilkan daripada telur ayam. Tiap kali iklan jualan telur dibuat di perisian “Whatsapp” pasti ianya menjadi rebutan pembeli. Rezeki yang diterima oleh seorang pesara guru warga emas yang berumur 73 tahun dikenali sebagai Ki Pin di Dungun ini, bermula dari titik tolak hobinya yang santai bagi mengeluarkan peluh sambil menemani isterinya yang terlantar sakit ketika itu. Allah (swt) lebih menyayanginya, tanggal 10 Februari 2023, isteri beliau dijemput Ilahi. Al- Fatihah. Semuanya bermula pada November 2022, beliau telah menghadkan aktiviti hanya di kawasan rumah setelah kesihatan isterinya yang menghidapi penyakit Parkinson semakin merudum. Rumah ayam dibina di belakang rumah berdekatan dengan bilik arwah isterinya bagi membolehkan beliau menjenguk isteri melalui tingkap sewaktu beliau menguruskan ayam di halaman belakang rumah. Kegigihan Ki Pin menyiapkan reban ayam dalam masa sebulan dengan menggunakan kebanyakannya bahan terpakai amat dikagumi memandangkan keringat pada umur beliau. Keluasan reban ayam 3 tingkat yang di bina adalah berukuran 10 x 5 kaki dan mempunyai reka bentuk yang tersendiri hasil kreativiti beliau.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mod Arifin, Nur Nariza
UNSPECIFIED
Deraman, Fauziah
UNSPECIFIED
Mod Arifin, Ahmad Izzat
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Buletin FPN S3
ISSN: 2805-4539
Keywords: Telur ayam, Whatsapp, Parkinson
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105900
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 105900.pdf] Text
105900.pdf

Download (5MB)

ID Number

105900

Indexing

Statistic

Statistic details