Abstract
Gunung Bromo yang terletak di Jawa Timur merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif dan menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia. Saya kerap melihat di media sosial gambar- gambar yang telah di ambil oleh ‘content creator’ berkongsi pengalaman percutian ke sana. Jadi, ketika cuti awal Muharam baru-baru ini, saya telah ke Bromo menyaksikan sendiri antara salah satu gunung berapi yang masih aktif di Indonesia. Untuk ke sana dari Malaysia, biasanya kita mempunyai beberapa pilihan, namun saya memilih perjalanan yang paling cepat memandangkan cuti tidak lama. Jadi saya memilih ‘route’ menaiki kapal terbang ke Surabaya dari Kuala Lumpur yang memakan masa 2 jam 40 minit. Manakala, perjalanan dari Surabaya pula saya menyewa kereta bersama ‘supir’ ke Bromo yang mengambil masa perjalanan antara dua ke tiga jam pemanduan. Sampai di sana saya terus dapat menikmati pemandangan Bromo memandangkan hotel Artotel Cabin Bromo yang ditempah di sana betul-betul berada di kawasan pelancong mengambil gambar di puncak bukit. Cuaca yang baik, suhu yang dingin dan nyaman meninggalkan memori yang indah ketika sampai disana.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Tahir, Wan Mardyatul Miza UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin FPN S3 |
ISSN: | 2805-4539 |
Volume: | 8 |
Keywords: | Gunung Bromo, Jawa Timur, Indonesia, supir |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105899 |