Program khidmat masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 3, Negeri Sembilan / Mohd Faiz Ismail, Norashikin Mohd Mokhtar and Irma Ahmad

Ismail, Mohd Faiz and Mohd Mokhtar, Norashikin and Ahmad, Irma (2024) Program khidmat masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 3, Negeri Sembilan / Mohd Faiz Ismail, Norashikin Mohd Mokhtar and Irma Ahmad. Bulletin. Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Negeri Sembilan Branch, Rembau Campus.
Abstract

Pada 24 Jun 2024, hari Jumaat, dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 petang, seramai 4 orang pensyarah serta 68 pelajar program Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Kampus Seremban yang diketuai oleh Encik Mohd Faiz Ismail, telah mengadakan program khidmat masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMKS3) Seremban 3, Negeri Sembilan. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Perpustakaan Tunku Abdul Razak (PTAR) Kampus Seremban, yang diwakili oleh Encik Mohd Aizat bin Abd Halim dan Encik Syaiful Hisyam bin Saleh. Dua kategori aktiviti telah diadakan semasa program tersebut. Aktiviti pertama melibatkan kerja-kerja pembersihan dan penyusunan semula pusat sumber sekolah, yang dikendalikan oleh pelajar UiTM di bawah pengawasan pensyarah. Aktiviti kedua ialah program literasi maklumat serta bengkel asas bacaan pantas, yang dikendalikan oleh dua pegawai dari PTAR dengan bantuan pelajar UiTM. Program ini melibatkan 30 orang pelajar dari SMK Seremban 3.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105716.pdf]
Text
105716.pdf
Download (987kB)
Indexing & Metrics