Abstract
Tekanan atau stres merupakan satu lumrah di dalam kehidupan dimana kita semua tidak dapat menghindarinya dalam kehidupan seharian. Namun begitu, kita sebagai manusia seharusnya tahu bagaimana menguruskan tekanan dalam kehidupan ini. Tekanan boleh menjadikan seseorang itu positif atau negatif yang mana ia bergantung kepada cara kita menghadapi atau menanganinya. Tekanan boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan emosi seseorang individu. Individu tersebut mungkin akan mengalami serangan migrain atau sakit kepala serta akan berasa cepat marah. Selain itu juga, ia akan mempengaruhi sistem pencernaan seseorang dan juga tekanan darah. Oleh itu, wajarlah kita mengetahui cara untuk menangani tekanan. Kebiasaannya, kaedah yang paling mudah dan yang biasa dilakukan oleh orang ramai adalah dengan meluahkan segala masalah yang menyebabkan tekanan kepada orang sekeliling anda. Selain itu, pemakanan yang sihat serta kehidupan yang aktif dan sihat dapat mengurangkan tekanan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yusof, Rozianiwati UNSPECIFIED Abdul Rahman, Normaziah UNSPECIFIED Aziz Fadzillah, Nor Azlina UNSPECIFIED Hashim, Norhafizah UNSPECIFIED Mohd Yunus, Sri Yusmawati UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | APB Rembau e-Bulletin |
ISSN: | 2682-776X |
Keywords: | Tekanan, aplikasi, teknologi, fizikal, emosi |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105707 |