Abstract
Laporan dari Jabatan Insolvensi Malaysia sehingga Mac 2024 seramai 206,066 jumlah kes kebankrapan yang ditadbir. Dalam masa yang sama, statistik kes kebankrapan dari tahun 2020 hingga bulan Mac 2024 telah dilaporkan seramai 15,028 orang bersamaan 55.85% berumur di bawah 44 tahun didapati memperolehi status bankrap (Malaysia, 2024). Apakah kaitan dengan generasi yang mengagungkan FOMO dan YOLO ini. Apakah yang dimaksudkan dengan FOMO dan YOLO ini. FOMO bermaksud “Fear of Missing Out” dan YOLO pula bermaksud “You Only Live Once”. Apa kaitannya FOMO dan YOLO dengan statisitik kebankrapan? Banyak kupasan di lakukan oleh beberapa pihak tentang mentaliti FOMO dan YOLO ini yang mana akhirnya menjerat belia di Malaysia sehingga terjebak dengan perbelanjaan yang rakus sehingga diri dilabel bankrap. Fenomena FOMO dan YOLO ini adalah satu masalah besar dalam kehidupan generasi muda di Malaysia. FOMO itu sendiri akan memberikan tekanan kepada belia yang mana tiada langsung hirau tentang kepincangan dalam pengurusan kewangan. Keinginan untuk memilik sesuatu itu adalah satu pencapaian besar dalam kehidupan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Ali, Noor Azillah UNSPECIFIED Ab Wahab, Shahrul Amri UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | APB Rembau e-Bulletin |
ISSN: | 2682-776X |
Keywords: | FOMO, YOLO, statisitik, bankrap |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105702 |