Abstract
Penyertaan dalam skim perlindungan merupakan syarat lazim dan menjadi kemestian bagi permohonan pembiayaan untuk mengelakan kerugian dan mengurangkan risiko yang tidak dijangka. Ia merupakan mekanisme ekonomi yang telah terbukti mampu meminimumkan risiko kewangan peserta akibat kerugian dan kemalangan yang mungkin berlaku di masa hadapan dan tanpa di duga. Wakaf kini bukan sahaja di lihat sebagai produk yang statik tetapi telah ditransformasikan menjadi lebih produktif dan inovatif. Integrasi takaful dan wakaf merupakan salah satu ciptaan terkini yang berpotensi mengembangkan lagi aset wakaf yang hanya dilihat sebagai elemen keagamaan sahaja oleh majoriti masyarakat Islam. Justeru, kajian ini akan meninjau sejauhmana takaful model wakaf menepati prinsip Syariah serta keperluannya di samping mengenalpasti cabaran dan isu yang timbul dalam usaha meningkatkan dana wakaf. Metodologi penyelidikan yang diguna pakai adalah secara kuantitatif dan kualitatif deskriptif dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah penganalisisan serta temubual dengan pihak berkaitan. Analisis dilakukan dengan meneliti maklumat data sekunder terutama penulisan, jurnal, kertas kerja dan artikel yang berkaitan. Takaful model wakaf yang ditawarkan dan dilaksanakan di Brunei Darussalam adalah kepada lebih program merancang kewangan bagi tujuan berwakaf kepada agensi tertentu. Beberapa cadangan di utarakan bagi penambah baikan produk ini agar menyumbang kepada pelaksanana konsep wakaf yang lebih tepat sejajar dengan matlamatnya sebagai amal jariah.
Metadata
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohiddin, Mas Nooraini UNSPECIFIED |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Chief Editor Abdul Rasool, Mohamed Saladin UNSPECIFIED Chief Editor Awang Tuah, Siti Normah UNSPECIFIED Editor Muhamad Hanapiyah, Zulkefli UNSPECIFIED Editor P. Rameli, Mohd Faizal UNSPECIFIED Editor Ahmad, Siti Nurul Akma UNSPECIFIED Editor Md Jani, Syahrina Hayati UNSPECIFIED Editor Ali, Siti Mariam UNSPECIFIED Editor Wan Mohamed Saferdin, Wan Aisyah Amni UNSPECIFIED Agency Representative Rokman, Zesdyzar UNSPECIFIED Agency Representative Azhar, Nur Aleya Natasha UNSPECIFIED |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments H Social Sciences > HG Finance > Insurance |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
| Journal or Publication Title: | The 8th Southeast Asia International Philanthropy Conference 2023 (SEAIPC2023) |
| Event Title: | The 8th Southeast Asia International Philanthropy Conference 2023 (SEAIPC2023) |
| Event Dates: | 7-9 November 2023 |
| Page Range: | p. 156 |
| Keywords: | Model, Takaful, Wakaf |
| Date: | 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105618 |
