Abstract
Kesihatan mental merujuk kepada keadaan kesejahteraan psikologi dan emosi seseorang, di mana individu dapat berfungsi dengan baik dalam kehidupan sehari-hari. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental melibatkan kemampuan untuk menghadapi tekanan hidup, bekerja secara produktif, dan menyumbang kepada masyarakat. Ia juga merangkupi cara seseorang berfikir, merasa, dan bertindak, serta bagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain dan dan bagaimana individu itu menangani masalah yang mereka hadapi. Kesejahteraan emosi banyak mempengaruhi kesihatan mental yang membolehkan individu menikmati kehidupan dan merasakan keseimbangan emosi. Ini termasuk kemampuan untuk mengatasi stres, beradaptasi dengan perubahan, dan menjalani kehidupan yang memuaskan. Selain itu, fungsi sosial turut mempengaruhi kesihatan mental juga melibatkan kemampuan untuk berinteraksi dengan orang lain secara positif.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Kamdari, Nor’azurah UNSPECIFIED Othman, Farrah UNSPECIFIED Mohd Sharip, Sharfizie UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Business education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Kesihatan, mental, Malaysia, positif |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105564 |