Abstract
Mana-mana pekerja yang sudah bertugas dengan UiTM untuk tempoh melebihi setahun pastinya sudah biasa mendengar slogan ‘Jana & Jimat’, dan rasanya kami tidak perlu menerangkan apa yang dieertikan dengan slogan tersebut serta punca kemunculan slogan tersebut. Meskipun begitu, kami percaya bahawa slogan ini masih gagal dihayati oleh sebahagian besar daripada warga kerja UiTM, hatta di kalangan akademia yang terpelajar. Kalaupun kita tidak mampu menyumbang kepada bahagian pertama slogan tersebut (iaitu ‘penjanaan pendapatan’), sekurang-kurangnya bantulah UiTM untuk mencapai hasrat kedua yang terkandung dalam slogan tersebut. Percayalah bahawa cara untuk mencapai penjimatan tersebut adalah amat mudah, dan tidak sekompleks menulis makalah di jurnal-jurnal ternama. Bahkan ia lebih mudah daripada mengajar subjek yang sudah 10 semester berturut-turut berada dalam jadual waktu anda.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Wahab, Shahrul Amri UNSPECIFIED Mohamad Ali, Noor Azillah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Business education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | UiTM, dunia, penjanaan, pendapatan, jimat |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105558 |