Kepentingan pengkhususan “Takhasus” dalam kualiti keilmuan / Afizan Amer

Amer, Afizan (2024) Kepentingan pengkhususan “Takhasus” dalam kualiti keilmuan / Afizan Amer. Bulletin. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.
Abstract

Penguasaan ilmu pengetahuan dalam diri ahli ilmu dan pendekatan integratif dalam pendidikan banyak dibicarakan orang. Ianya bukan saja menuntut pemerincian tetapi juga kejelasan kandungan dan juga proses aplikasinya. Kemajuan dan pembangunan suatu negara banyak bergantung kepada jenis manusia atau modal insan yang dilahirkan oleh sistem pendidikannya. Dalam konteks keilmuan yang bersifat integratif bukan saja dari segi kandungan ilmu perlu diperkukuhkan kembali tetapi juga metodologi pengajaran-pembelajarannya memerlukan tinjauan yang serius. Ilmu yang berasaskan nilai-nilai peradaban dan nilai-nilai etika perlu diperkukuhkan seiring dengan fokus terhadap merit akademik, sains dan teknologi supaya integrasi antara keduanya menyumbang ke arah penyuburan kualiti holistik pada diri para ahli ilmu atau orang yang alim dalam bidang pengkhususannya. Pendidikan pula dari keilmuannya adalah proses mengadabkan insan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105544.pdf]
Text
105544.pdf
Download (940kB)
Indexing & Metrics