Abstract
Pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu adalah salah satu daripada alat pembiayaan mikro yang disediakan untuk membantu mendapatkan tunai segera dan mudah dengan memajakkan emas bagi tujuan mendapatkan pinjaman. Pada awalnya ianya terkenal untuk golongan berpendapatan rendah kerana mereka sukar mendapatkan pinjaman daripada institusi perbankan atas faktor syarat yang sukar untuk dipenuhi. Lama-kelamaan Ar-Rahnu meluas digunakan untuk pelbagai tujuan seperti untuk tujuan memulakan perniagaan dan tujuan pendidikan. Ar-Rahnu menjadi pilihan dalam membuat pinjaman kerana ianya mudah tanpa pelbagai syarat, boleh mendapatkan tunai segera pada hari yang sama, ianya berlandaskan shariah, proses telus kerana pengujian dan timbangan emas dibuat di hadapan pelanggan serta ia mempunyai jaminan keselamatan emas yang di pajakkan oleh penyedia perkhidmatan Ar-Rahnu. Namun, kadar upah yang dikenakan oleh Ar-Rahnu, masih menjadi persoalan, adakah ianya betul-betul mahu membantu golongan yang memerlukan atau mahu mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang tinggi melalui golongan yang tidak dapat memohon pinjaman dalam sistem perbankan atau institusi kewangan di arus perdana.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Jani, Siti Hajar UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Business education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Pajak gadai, Islam, Ar-Rahnu, arus perdana |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105543 |