Abstract
Emas merupakan logam yang tidak hanya berharga dari segi material, tetapi juga mempunyai nilai signifikan dari perspektif Islam. Dalam sejarah peradaban manusia, emas telah diiktiraf sebagai simbol kekayaan dan kestabilan. Dalam Islam, emas juga memainkan peranan penting, terutamanya dalam konteks *mas kahwin*, di mana ia melambangkan harta yang sah dan bernilai bagi pihak wanita. Emas menjadi pilihan utama ramai orang bukan sahaja kerana keindahannya, tetapi juga sebagai alat untuk melindungi kekayaan dari inflasi dan ketidakstabilan ekonomi. Namun, sebelum membeli emas, seseorang perlu memahami tujuan dan objektif di sebalik pembelian tersebut. Adakah untuk pelaburan jangka panjang, sebagai perhiasan, atau untuk kemudahan tunai melalui institusi pajak gadai Islam? Artikel ini akan membincangkan kepentingan memahami objektif membeli emas, jenis-jenis emas yang sesuai, serta perbezaan antara emas yang dipakai dan emas yang disimpan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Jani, Siti Hajar UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > Business education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Emas, pelaburan, perhiasan, tunai |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105536 |