Pendidikan memanusiakan manusia, bukan mengindustrikan / Afizan Amer

Amer, Afizan (2024) Pendidikan memanusiakan manusia, bukan mengindustrikan / Afizan Amer. Bulletin. Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau.
Abstract

“Memanusiakan manusia” Petikan di atas sering terngiang-ngiang di telinga kita. Tetapi apakah maksud ini sebenarnya? Ungkapan tersebut merupakan satu bentuk sikap yang harus dipelihara dalam diri dan dimanifestasikan dalam kehidupan sosial setiap individu. Sejak kebelakangan ini banyak usaha pihak yang bertanggung jawab dalam bidang pendidikan tidak kira di peringkat sekolah mahupun institusi pendidikan tingi mula mengusahakan pengurusan pendidikan berteraskan usaha memanusiakan manusi, ada juga yang menggunakan istilah menginsankan manusia begitu juga dengan manusiawi. Konsep “memanusiakan manusia” merupakan sebahagian daripada “humanism” yang muncul dalam kehidupan seharian. “Humanisme” berasal dari perkataan Latin “humanus” yang bermaksud manusia dan mempunyai makna fitrah manusia atau sesuai dengan fitrah manusia. Di dalam situasi yang kita hadapi sekarang dalam dunia pendidikan terutamanya, adalah penting untuk kita menerapkan konsep ini sesame manusia secara kemanusiaan tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, warna kulit dan sebagainya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105534.pdf]
Text
105534.pdf
Download (948kB)
Indexing & Metrics