Abstract
Pelaksanaan Bengkel Intensif Kursus Undang-undang Perniagaan dan Perniagaan Antarabangsa ini merupakan program sesi perkongsian kepakaran pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau bersama komuniti setempat. Bengkel ini diadakan bertujuan memberi pemahaman secara lebih mendalam dan pengetahuan tambahan kepada semua peserta mengenai kursus Undang-undang Perniagaan dan Perniagaan Antarabangsa yang baru dipelajari oleh mereka. Peserta bagi program ini terdiri daripada pelajar-pelajar dan tenaga pengajar Jabatan Perniagaan Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja Chembong Rembau Negeri Sembilan. Bengkel ini juga telah diadakan untuk memberi peluang kepada pensyarah-pensyarah UiTM untuk berkongsi kepakaran dalam bidang masing-masing bersama komuniti dan mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Jabatan Perniagaan, Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja bagi menjalankan program-program berimpak tinggi di masa akan datang.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Junos, Sutina UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | RONA TINTA |
ISSN: | 2785-9126 |
Keywords: | Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM, Negeri Sembilan, Rembau |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105503 |