Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Shah Alam 2009 Dewan Annex UiTM Shah Alam: Kumpulan UNITY. Ruang bacaan di perpustakaan berselerak

Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM (2009) Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Shah Alam 2009 Dewan Annex UiTM Shah Alam: Kumpulan UNITY. Ruang bacaan di perpustakaan berselerak. In: Mini Konvensyen KIK peringkat UiTM Shah Alam, 18-19 Ogos 2009, UiTM Shah Alam. (Unpublished)

Abstract

Melihat kepada kepentingan perpustakaan dewasa ini terutama terhadap permintaan perkhidmatan yang tinggi daripada para penggunanya, perpustakaan sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik dan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan khususnya sentiasa berhadapan dengan pengguna dalam memberi dan memastikan perkhidmatan perpustakaan memenuhi kehendak pelanggan. Ruang bacaan terutamanya digunakan oleh pengguna untuk menelaah, berbincang, membuat tugasan dan sebagainya. Oleh itu, ruang bacaan yang kemas, tersusun dan teratur amat penting bagi memastikan pengguna berada dalam keadaan selesa. Penggunaan ruang bacaan perpustakaan yang kerap menimbulkan suasana yang tidak kemas dan selesa kerana kedudukan kerusi adakala dibiarkan dan tidak disusun kembali, terdapat juga kerusi yang dialihkan ke meja lain serta penyalahgunaan kerusi. Staf pula tidak berkesempatan untuk menyusun semula kerusi sepanjang masa oleh kerana tugas penyusunan buku dan perkhidmatan kaunter adalah lebih utama. Kerusi­kerusi di ruang bacaan hanya disusun sekali sehari pada waktu pagi, sedangkan perpustakaan mempunyai berpuluh kerusi. Atas masalah itu, kumpulan UNITY menghasilkan inovasi terkini iaitu ROD 01 (Removable Ordinari Device OJ) iaitu satu a/at yang menyambungkan kaki kerusi dan meja, di mana ia berfungsi untuk mengembalikan kerusi ke posisi asal setelah digunakan. ROD OJ adalah murah, selamat dan dijamin tahan lama serta memberi kesan bagi memastikan ruang bacaan di perpustakaan sentiasa kemas dan tersusun dan sekali gus mewujudkan ruang bacaan yang selesa di perpustakaan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Event Title: Mini Konvensyen KIK peringkat UiTM Shah Alam
Event Dates: 18-19 Ogos 2009
Page Range: pp. 1-94
Keywords: KIK, KIK UiTM, UNITY
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105478
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 105478.PDF] Text
105478.PDF

Download (54MB)

ID Number

105478

Indexing

Statistic

Statistic details