Abstract
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Salam Keluarga Malaysia
Salam Keluarga UiTM
1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke
hadrat Allah SWT kerana atas sifat Rahman dan Rahim-Nya jua, kita
semua dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan waktu untuk
bersama-sama dalam Majlis Perjumpaan Staf dan Majlis Perwakilan Pelajar sempena Lawatan kerja Ybhg. Prof. Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA ke UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam.
2. Pertamanya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
barisan pengurusan kanan dan semua warga UiTM Cawangan Pulau Pinang, khususnya di Kampus Bertam yang telah menyediakan
persiapan bagi menyambut kedatangan Ybhg. Prof. Datuk Ts. Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA ke UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam.
3. Alhamdulillah, pada sebelah pagi hari ini, Ybhg. Prof. Datuk Naib Canselor telah mendengar pembentangan dari pihak pengurusan kanan UiTM Cawangan Pulau Pinang khususnya Kampus Bertam mengenai pembelian peralatan pengajaran dan pembelajaran (P&P), ubahsuai makmal bagi Pusat Pengajian Fakulti Sains Kesihatan, cadangan membina gelanggang sukan 3 dalam 1 @ multipurpose court berbumbung, cadangan penambahan ruang di Unit Kesihatan, serta penjanaan pendapatan Kampus Bertam.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Razali, Ahmad Rashidy UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Event Title: | Majlis Perjumpaan Staf Dan Majlis Perwakilan Pelajar |
Event Dates: | 15 November 2022 |
Page Range: | pp. 1-4 |
Keywords: | Lawatan Kerja, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105439 |