Teks ucapan perasmian Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran dan Fail Kursus 2022 / Dr Siti Nur Fadzilah Muhsain

Muhsain, Siti Nur Fadzilah (2022) Teks ucapan perasmian Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran dan Fail Kursus 2022 / Dr Siti Nur Fadzilah Muhsain. In: Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran Dan Fail Kursus 2022, 23 March 2022, Bilik Mesyuarat Utama, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam. (Unpublished)
Abstract

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Salam Keluarga Malaysia
Salam Keluarga UiTM

1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya serta peluang yang diberikan kepada kita untuk mengadakan Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran dan Fail Kursus 2022 pada hari ini. Syabas dan tahniah kepada penganjur iaitu Unit Kualiti FSK, UiTMCPP Kampus Bertam yang telah merealisasikan program pada hari ini.

2. Dikesempatan ini, saya merakamkan ucapan penghargaan atas kehadiran semua staf akademik ke bengkel ini terutamanya khusus buat staf akademik baharu yang diwajibkan hadir pada hari ini. Hadirin yang dihormati sekalian

3. Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran dan Fail Kursus 2022 ini adalah program yang dinanti-nantikan oleh staf akademik khususnya untuk menambahkan pengetahuan tentang cara penyediaan portfolio pengajaran yang betul. Walaupun ada pensyarah lama yang biasa melakukan penyediaan portfolio ini saban tahun, namun baru-baru ini terdapat kemas kini dalam penyediaan portfolio pengajaran darip pihak Unit Kualiti. Oleh itu, saya amat berbesar hati sekiranya semua staf akademik dapat memanfaatkan sesi bengkel pada hari ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 105425.pdf]
Text
105425.pdf
Download (175kB)
Indexing & Metrics