Abstract
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh
Salam Keluarga Malaysia
Salam Keluarga UiTM
1. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya serta peluang yang diberikan kepada kita untuk mengadakan Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran dan Fail Kursus 2022 pada hari ini. Syabas dan tahniah kepada penganjur iaitu Unit Kualiti FSK, UiTMCPP Kampus Bertam yang telah merealisasikan program pada hari ini.
2. Dikesempatan ini, saya merakamkan ucapan penghargaan atas kehadiran semua staf akademik ke bengkel ini terutamanya khusus buat staf akademik baharu yang diwajibkan hadir pada hari ini. Hadirin yang dihormati sekalian
3. Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran dan Fail Kursus 2022 ini adalah program yang dinanti-nantikan oleh staf akademik khususnya untuk menambahkan pengetahuan tentang cara penyediaan portfolio pengajaran yang betul. Walaupun ada pensyarah lama yang biasa melakukan penyediaan portfolio ini saban tahun, namun baru-baru ini terdapat kemas kini dalam penyediaan portfolio pengajaran darip pihak Unit Kualiti. Oleh itu, saya amat berbesar hati sekiranya semua staf akademik dapat memanfaatkan sesi bengkel pada hari ini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhsain, Siti Nur Fadzilah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Event Title: | Bengkel Penyediaan Portfolio Pengajaran Dan Fail Kursus 2022 |
Event Dates: | 23 March 2022 |
Page Range: | pp. 1-4 |
Keywords: | Portfolio Pengajaran, Fail Kursus, UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105425 |