Abstract
Lebih enam dasawarsa obor merdeka dijulang
Di bumi Malaysia suara bergema lantang
Melaung “Merdeka!” setiap tanggal 31 Ogos
Bersama angin bangga di jiwa menerobos
Megah kaki berdiri di atas hamparan bumi bertuah
Yang dirangkul rakyatnya setelah perjuangan berdarah
Sejarah telah memahat jalan berliku menggapai merdeka
Maka, jangan dibiar keamanan kini menjunam ke gaung leka...
Jati diri warga timur seharusnya erat dipegang
Jika bersendikan rukun negara, pasti tidak terpesong songsang
Dalam arus kemodenan meluncur laju membawa perubahan
Yang kian menghakis nilai susila dan adat warisan
Generasi muda mula menjunjung tinggi budaya luar
Identiti baru terus berakar dan bangga dipapar
Makin sirna cerminan ibu pertiwi pada diri
Merdeka sudah tanahnya, tapi minda inasih terjajah lagi...
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Amin, Noraziah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Hassan, Norhaslinda UNSPECIFIED Chief Editor Razali, Wan Noorli UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Lingua |
ISSN: | 2600-7134 |
Keywords: | e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105151 |