Abstract
Artikel ini menceritakan tentang seorang anggota polis iaitu Rosli bin Jaafar yang berpangkat sarjan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti pemerdagangan manusia. Artikel ini disempumakan dengan hasil temu bual secara lisan dengan Sarjan Rosli. Beliau banyak menyumbangkan jasa ketika berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), contohnya Ops Roda, Ops Noda, Ops Rantau dan lain-lain sehingga beliau dianugerahkan Pingat Bentara Pasukan Polis daripada Yang Dipertuan Agung pada tahun 2012. Beliau telah berkhidmat selama 36 tahun dan telah ditugaskan untuk menyertai Ops Wawasan Khas pada tahun 2015. Op Wawasan Khas adalah satu operasi yang berkaitan dengan aktiviti pemerdagangan manusia. Beliau mewakili unit pemusnahan bom. Aktiviti pemerdagangan manusia ini melibatkan dua buah negara iaitu Malaysia dan Thailand Dalam operasi ini, beliau ditugaskan untuk mengesan dan menghapuskan jerangkap samar di sekitar lokasi kejadian iaitu sepanjang sempadan Thailand, di Bukit Wang Burma, Perlis. Mereka dibekalkan semua kelengkapan terutamanya senjata api, alat mengesan jerangkap samar dan juga bekalan makanan. Beliau dan pasukan terpaksa mendaki selama 4 jam untuk sampai ke kem pertama aktiviti pemerdagangan manusia. Seterusnya, mangsa yang terlibat dalam aktiviti pemerdagangan manusia ini ialah warga negara Bangladesh dan Rohingya yang dijanjikan peluang pekerjaan di Malaysia oleh pihak yang tidak bertanggunjawab. Akhir kata, tujuan kajian ini dijalankan juga adalah untuk mendedahkan kepada orang awam tentang aktiviti pemerdagangan manusia dan pihak yang bertungkus lumus menjaga keaamanan negara Malaysia.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Omar, Nor Afifah 2015180281 Mohd Nazam, Nurfatin Afifa 2015139837 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Jaafar, Rosli UNSPECIFIED Advisor Ahmad, Azree azree@uitm.edu.my |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Law enforcement |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Ops Wawasan Khas, aktiviti pemerdagangan manusia, Bukit Wang Burma, Unit Pemusnah Bom |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105023 |