Abstract
Sejarah lisan adalah satu kaedah yang penting dalam merakam peristiwa lampau yang pernah ditempuhi oleh seseorang. Melalui sejarah lisan, rekodrekod sejarah berkenaan suatu peristiwa dapat dilengkapkan kerana sebahagian maklumat masih tersimpan di dalam memori individu yang terlibat. Satu-satunya kaedah pengumpulan maklumat dalam sejarah lisan ialah temubual atau temubual yang dijalankan ke atas individu tertentu. Artikel ini mengenai Encik Yusri Bin Ya'acob yang merupakan seorang anggota Polis PGA Batalion 2 Kulim Kedah. Setiap perbualan telah direkodkan bagi melaksanakan transkrip temubual Dokumentasi Lisan (oral history) ini dan mempunyai beberapa perbualan yang direkodkan bagi mencukupi Jam temubual Dokumentasi Lisan. Terdapat beberapa peristiwa yang berlaku yang telah diceritakan oleh Encik Yusri Bin Ya'acob apabila menjalankan tugas dalam Misi Bantuan OPS Hati Budi di Timor Leste, Dili dalam temubual ini. la merupakan peristiwa yang terbesar yang pernah dilalui oleh Encik Yusri Bin Ya'acob sepanjang berkhidmat sebagai anggota Po/is PGA Batalion 2 Kulim Kedah kerana beliau merupakan salah seorang anggota Polis yang terpilih untuk mengikuti Misi OPS Hati Budi di Timor Leste. Antara perjalanan dan pengalaman yang dilalui oleh Encik Yusri Bin Ya'acob telah direkodkan dalam transkrip temubual ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Oral History Report) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainuddin, Nurul Farhanah 2016376173 Wan Hassan, Wan Norhasmira 2016598501 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Interviewee Ya'acob, Yusri UNSPECIFIED Advisor Ahmad, Azree azree@uitm.edu.my |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Law enforcement |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Polis PGA, Kedah, OPS Hati Budi di Timor Leste, Polis Diraja Malaysia |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/105015 |