Penggunaan kayu dalam rekabentuk senibina masa kini, khususnya rumah-rumah kediaman / Kamarul Azam Selamat

Selamat, Kamarul Azam (1990) Penggunaan kayu dalam rekabentuk senibina masa kini, khususnya rumah-rumah kediaman / Kamarul Azam Selamat. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kayu merupakan sebahagian daripada bahan dalam sesuatu binaan. la merupakan bahan semulajadi yang ditemui semenjak manusia mula mendirikan tempat kediaman. Ini jelas menunjukkan bahawa bahan kayu ini telah digunakan sejak beratus tahun lamanya. Namun demikian, penggunaan kayu secara terperinci bermula apabila manusia mula menggunakan alat-alat bertukang dalam kehidupan. Kini walaupun tidak semua rekabentuk yang menggunakan bahan kayu ini, namun masih terdapat elemen-elemen binaan yang masih mengekalkan bahan kayu. Ini termasuklah elemen tangga, tingkap, pintu, kekuda bumbung dan sebagainya. Bahan kayu ini perlulah diawetkan terlebih dahulu bagi mengekalkan ketahanan kayu itu sendiri. Biasanya kayu yang baik akan menghasilkan sesuatu kesan rekabentuk yang menarik. Kayu dari jenis chengal dan meranti adalah antara kayu yang digunakan untuk struktur struktur utama. Manakala kayu -kayu jenis kapur berangan dan keruing digunakan untuk elemen-elemen kedua. Kayu jenis nyatoh biasanya digunakan untuk kemasan terakhir dan kabinetkabinet. Setiap jenis kayu mempunyai kekuatan dan ketahanan yang berbeza. Dalam dunia moden ini banyak rekabentuk-rekabentuk yang memerlukan ketahanan dan bahan binaan yang kuat. Bagi rekabentuk bangunan tinggi, penggunaan kayu adalah tidak sesuai. Kebanyakkan ukuran-ukuran kayu tidak dapat memenuhi kehendak-kehendak rekabentuk tersebut. Ukuran-ukuran kayu hanya terhad kepada rekabentuk-rekabentuk yang kecii sahaja. Akan tetapi kayu masih digunakan sebagai hiasan untuk ruanganruangan dalaman. Keaslian warna dan "texture" kayu itu sendiri boleh memberikan mood dalam sesuatu ruang. Selain dari itu, ia juga dapat memperkenalkan identiti kebangsaan kepada dunia luar. Menyedari akan hakikat ini, perlulah dikekalkan penggunaan kayu ini di tempat-tempat kunjungan pelancung. Di hotel-hotel, penggunaan kayu boleh memperlihatkan sesuatu ruang kelihatan unggul (elegant). Kombinasi bahan binaan juga penting bagi menghasilkan kesan ruang yang berjaya dan menarik. Teknologi baru telah memperkenalkan penggunaan kayu secara moden. Ini termasuklah dalam penggunaan struktur-struktur utama. Kaedah-kaedah yang lebih efektif yang boleh memberikan ketahanan tambahan bagi kayu ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Selamat, Kamarul Azam
87638743
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Senibina
Date: 1990
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104983
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 104983.pdf] Text
104983.pdf

Download (26kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

104983

Indexing

Statistic

Statistic details