Kajian keberkesanan penggunaan perisian aplikasi multimedia untuk mata pelajaran Matematik tingkatan dua: kes kajian di sekolah-sekolah menengah di daerah Machang Kelantan / Masitah Ahmad … [et al.]

Ahmad, Masitah and Ismail, Mohd Nasir and Md Radzi, Mohd Abdul Hafiz and Abdul Wahid, Khalid (2007) Kajian keberkesanan penggunaan perisian aplikasi multimedia untuk mata pelajaran Matematik tingkatan dua: kes kajian di sekolah-sekolah menengah di daerah Machang Kelantan / Masitah Ahmad … [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer sudah mula dilaksanakan di kebanyakan sekolah menengah di Malaysia. Fenomena ini jelas terbukti apabila Sahagian Teknologi Pendidikan (BTP} telah menghasilkan pelbagai jenis perisian yang dapat digunakan di sekolah-sekolah tersebut. Malahan dinyatakan bahawa dengan penggunaan perisian kursus yang berkonsepkan multimedia bagi matapelajaran Sains dan Matematik ini juga akan membuatkan ianya lebih menarik minat pelajar disamping berkeupayaan untuk menangani masalah kepelbagaian pelajar. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini adalah bagi melihat sejauh manakah keberkesanan penggunaan perisian aplikasi Matematik di sekolah menengah yang telah ditetapkan. Hubungan antara sikap, pengetahuan dan kemahiran dengan tahap penggunaan juga dikaji. Selain itu pengkaji juga ingin melihat adakah terdapat perbezaan bagi penggunaan perisian tersebut berdasarkan jantina pelajar dan bangsa pelajar di sekolah berkenaan. Sampel kajian adalah terdiri daripada 250 orang pelajar, dari 8 buah sekolah menengah kebangsaan daerah Machang, Kelantan. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Maka penggunaan borang soal selidik akan menjadi asas utama dalam memperolehi data yang diperlukan. Temubual tidak rasmi turut digunakan dalam memperolehi maklumat berkaitan tahap penggunaan perisian.Latar belakang sampel kajian dari aspek jantina dan pencapaian matematik turur dikaji dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar telah mendapat keputusan yang agak tinggi selepas menggunakan animasi, teks dan suara yang merupakan cirk:iri multimedia dalam perisian aplikasi multimedia tersebut. Dan pelajar telah menjadikan perisian aplikasi ini sebagai kaedah yang paling digemari dalam pembelajaran mereka.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Masitah
UNSPECIFIED
Ismail, Mohd Nasir
UNSPECIFIED
Md Radzi, Mohd Abdul Hafiz
UNSPECIFIED
Abdul Wahid, Khalid
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
UiTM Representative
Ab. Rahman, Hussin @ Muhammad
UNSPECIFIED
UiTM Representative
Yacob, Jusoh
UNSPECIFIED
UiTM Representative
Sulaiman, Ruhani
UNSPECIFIED
Contributor
Alias, Farah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Technology. Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Teaching aids and devices
L Education > LB Theory and practice of education > Elementary or public school education. Elementary school teaching > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Keywords: Perisian kursus Sekolah Bestari, Sekolah Bestari, penggunaan, ujian pengguna, Kementerian Pelajaran
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104902
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 104902.pdf] Text
104902.pdf

Download (193kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

104902

Indexing

Statistic

Statistic details