Abstract
Apabila kita memperkatakan tentang hasil karya produk seni berteraskan audio visual, kita tidak dapat lari daripada perbincangan berkenaan mesej atau maksud asal yang cuba disampaikan. Setiap satu hasil seni itu sudah pasti mempunyai tujuan tertentu untuk difahami dan dimengertikan oleh khalayak sasaran. Tak kira ianya dalam bentuk filem, drama, iklan, dan lain-lain bentuk persembahan, penyampai mesej secara berkesan adalah objektif utama dalam penghasilannya. Pengarahan yangbaik akan dapat menyampaikan mesej dengan cara yang unik dan kefahaman yang jelas. Persoalannya, bagaimanakah seseorang pengarah itu mampu untuk melakukannya? Apakah pendekatan yang boleh dilakukan dalam menghasilkan sudut pandangan yang pelbagai? Ini adalah antara persolan yang harus diteliti jawapannya memandangkan pengarahan mempunyai kekangan dari sudut masa yang diperuntukan. Bukan mudah untukmenyampaikan sesuatu mesej berlandaskan sudut pandangan khusus melalui jalan cerita yang dibatasi oleh masa.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Ghalim, Shahril Anuar UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | Buletin ACIS |
ISSN: | 2600-8289 |
Keywords: | Semiotik, filem, drama, iklan |
Date: | September 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104844 |