Nilai teras kepimpinan berwibawa: inspirasi daripada Rasulullah SAW / Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah and Nuruul Hidayah Mansor

Ahmad Ubaidah, Ahmad Faiz and Mansor, Nuruul Hidayah (2024) Nilai teras kepimpinan berwibawa: inspirasi daripada Rasulullah SAW / Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah and Nuruul Hidayah Mansor. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Kepimpinan berwibawa merujuk kepada kemampuan seorang pemimpin untuk memimpin dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan keadilan. Pemimpin berwibawa bukan sahaja dihormati dan dipercayai oleh pengikutnya tetapi juga mampu membawa perubahan positif dalam masyarakat. Dalam konteks negara, kepimpinan berwibawa adalah kunci kepada kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Tanpa pemimpin yang berwibawa, sesebuah masyarakat atau negara mudah terjerumus ke dalam konøik, ketidakadilan dan ketidakstabilan. Rasulullah SAW adalah tokoh pemimpin berwibawa yang diiktiraf dan menjadi contoh kepada dunia. Sikap Rasulullah SAW yang sabar, adil, jujur, amanah, berani dan bijaksana dalam mengetuai negara melambangkan ciri dan nilai integriti kepimpinan yang tinggi terhadap peribadi baginda Rasulullah SAW. Teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW menjadi asas kepada pembentukan jatidiri seorang pemimpin muslim yang selari dengan matlamat Islam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104841.pdf]
Text
104841.pdf
Download (638kB)
Indexing & Metrics