Abstract
Pada 5 Jun 2024 bersamaan dengan 27 Zulkaedah 1445H, Menteri Komunikasi dan Digital iaitu Yang Berhormat Fahmi Fadzil telah mengumumkan logo dan tema sempena Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM 2024) di Putrajaya. HKHM 2024 kali ini masih mengekalkan logo yang sama seperti tahun sebelumnya tetapi memilih tema yang baharu iaitu “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka”. Tema ini dipilih kerana ia melambangkan kesepaduan secara keseluruhan dalam negara maju dan progresif yang melindungi rakyatnya yang berbilang kaum, bersatu hati dan mempunyai jati diri yang kukuh. Sebagaimana yang diketahui, Malaysia MADANI merujuk kepada tunjang kemakmuran dan kemajuan negara melalui sokongan kepada enam nilai teras utama iaitu kemampanan, hormat, kesejahteraan, keyakinan, daya cipta dan ihsan. Berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan, kerangka Malaysia MADANI membantu mewujudkan masyarakat maju dan bertamadun. Sementara itu, Jiwa Merdeka pula membawa makna rakyat Malaysia yang bebas daripada pengaruh negatif dalam menterjemahkan semangat patriotic dari sudut pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi. Melalui falsafah ini, negara mampu membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif. Berkenaan logo, berikut diterangkan secara terperinci tentang rasional logo Malaysia MADANI.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Libasin, Zuraira UNSPECIFIED Idris, Nur Azimah UNSPECIFIED Mazeni, Noor Azizah UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Abd Rahman, Nor Hanim UNSPECIFIED Chief Editor Abu Mansor, Siti Nurleena UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin JSKM |
ISSN: | 2637-0077 |
Keywords: | E-buletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104838 |