Abstract
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menjadi semakin popular di kalangan ibu bapa Melayu di Negeri Kelantan, bilangan pelajar Melayu di SJKC semakin bertambah ramai. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor pendorong yang menyumbang kepada penghantaran anak-anak Melayu ke SJKC di Kelantan. Kajian ini juga mengkaji tahap penguasaan Bahasa Cina pelajar Melayu, dan pengaruh faktor bahasa serta faktor-faktor lain ke atas pencapaian mata pelajaran Matematik dan Sains yang dipelajari dalam Bahasa Cina. Di samping itu, impak pendidikan Cina ke atas seseorang pelajar Melayu dan masalah yang dihadapi oleh pelajar Melayu di SJKC juga ditentukan. Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk gabungan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah tinjauan dan temu ramah telah digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 250 orang pelajar tahap dua yang dipilih dari tujuh buah sekolah di negeri Kelantan. Satu set borang soal selidik dijawab oleh sampel kajian, di samping itu 3 orang guru dan 3 orang ibu bapa dari setiap sekolah kajian juga ditemuramah. Pakej Perisian Statistik SPSS 12.01 diguna untuk menganalisis hasil kajian soal selidik secara deskriptif. Hasil temu ramah pula diguna untuk menyokong dan melengkapi analisis kuantitatif.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Heng, Buai Chin UNSPECIFIED Neo, Kian Sen UNSPECIFIED Chia, Oai Peng UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. UiTM Representative Yacob, Jusoh UNSPECIFIED UiTM Representative Abdullah, Moniza UNSPECIFIED Contributor Hamzah, Mohd Sahandri Gani UNSPECIFIED Contributor Hussein, Rosland UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Curriculum L Education > LC Special aspects of education > Social aspects of education > Literacy. Illiteracy P Language and Literature > PN Literature (General) > Study and teaching |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
Keywords: | Pendidikan bahasa Cina, Kelantan, pelajar Melayu, pendidikan bahasa, kajian |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104825 |
Download
104825.pdf
Download (168kB)