Kenali Tugu Negara Malaysia / Muniroh Hamat

Hamat, Muniroh (2024) Kenali Tugu Negara Malaysia / Muniroh Hamat. Bulletin. Unit Penerbitan e-Buletin JSKM.

Abstract

Sebagai penghormatan kepada lebih 11000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan semasa Darurat (1948-1960), telah dibina sebuah Tugu Peringatan Negara atau dikenali juga sebagai Tugu Negara pada 8 Februari 1966. Terletak di ibu negara Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen dan bersebelahan Taman Tasik Perdana. Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia. Idea pembinaan tugu ini dizahirkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1960 setelah beliau melawat Tugu Perang Iwojima di Amerika Syarikat. Ianya terdiri dari satu kumpulan tujuh patung atau lembaga gangsa. Setiap satunya empat kali lebih besar dari saiz orang biasa.Perbelanjaan membinanya menelan belanja RM1.3 juta.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hamat, Muniroh
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abd Rahman, Nor Hanim
UNSPECIFIED
Chief Editor
Abu Mansor, Siti Nurleena
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Keywords: E-buletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104767
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 104767.pdf] Text
104767.pdf

Download (2MB)

ID Number

104767

Indexing

Statistic

Statistic details