Satu kajian tentang persepsi masyarakat Shah Alam terhadap operasi Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Klang

Abdullah, Ahmad Fuad and Ahmad Rusdi, Ahmad Hussain and Amin, Japar and Abdul Rahman, Kamarulzaman and Kartho, Sukri (1986) Satu kajian tentang persepsi masyarakat Shah Alam terhadap operasi Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Klang. Diploma thesis, Institut Teknologi MARA (ITM).
Abstract

Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Kelang telah ditubuhkan pada awal tahun 1985. Sebagai sebuah institusi kewangan bercorak islam yang masih baru (tidak sampai dua tahun pun kewujudanya), sudah tentu banyak masalah-masalah yang dihadapi terutamanya dari segi persepsi masyarakat. Bagaimana tanggapan masyarakat terhadapnya? Adakah ianya positif atau negatif? Jika demikian tentunya ada faktor- faktor tertentu yang menarik atau menolak mereka dari berlanggan dengan Bank Islam Malaysia Berhad cawangan kelang (BIMB Kelang). Penyelidik cuba mengkaji kesemua masalah-masalah tadi dengan harapan: ajaran dari kajian in akan dapat memperbaiki dan mengemaskini lagi pentadbiran dan operasinya. Pemilihan BIMB Kelang sebagai bahan kajian bukan disebabkan karena ia masih terlalu baru tetapi juga kerana label Islamnya, operasinya yang berbeza dengan bank perdagangan biasa dan juga kerana ia satu-satu bank yang seumpama dengannya yang mula-mula ditubuhkan di negeri Selangor Darul Ehsan. Keseluruhan kajian ini boleh dianggap sebagai satu kajian untuk Bank Islam Malaysia berhad seluruhnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104713.pdf]
Text
104713.pdf
Download (859kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics