Abstract
Tajuk ini dipilih adalah sebagai satu langkah untuk membuat penelitian dan penghayatan terhadap rekabentuk-rekabentuk wayangJkulit purwa. Ini memendangkan dari masa ke semasa masyarakat dan individu khususnya di zaman moden dan pesat dengan teknologi komputer menyebabkan unsur-unsur kesenian teehadap wayang kulit semakin hari semakin luput. Tahap perkembangan teknologi di dunia amnya dan di alaysia khas nya telah rnengubah sebahagian besar masyarakat kota untuk tidak berpeluang lagi mengetahui dan mencintai tradisi ini. Segala pendedahan dan penghuraian yang di buat berdasarkan kepada rekabentuk-rekabentuk wayang kulit serta sejarahnya di dalam tesis ini diharapkan dapat diJadikan panduan dan penilaian oleh pihak-pihak tertentu yang ingin mengetahui den memberi perhatian di dalam unsur-unsur perrnainan tradisi, khususnya dalam wayang kulit purwa. Penghuraian ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pembaca bahawa di dalam aspek merekabentuk patung-patung wayang kulit itu tidak semudah yang disangkakan. Dalam merekabentuk setiap patung wayang kulit itu mernerlukan ketekunan dan kesabaran kerana ianya merupakan faktor utarna terhadap kualiti dan ketinggian nilai kesenian yang akan wuJud dalam setiap rekabentuk.
Metadata
| Item Type: | Student Project |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamed, Azman 86248447 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ibrahim UNSPECIFIED |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Culture and cultural processes. Cultural awareness P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > History |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
| Programme: | Diploma in Art and Design |
| Keywords: | Wayang kulit, Muzik, Teknologi |
| Date: | 1991 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104700 |
Download
104700.pdf
Download (522kB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
104700
Indexing
