Abstract
Transformasi digital merupakan satu bentuk perubahan dalam sejarah peradaban manusia di mana teknologi, khususnya teknologi digital, menjadi pendorong utama perubahan dalam sector ekonomi, sosial, dan budaya. Era digitalisasi ini dicirikan dengan penggunaan meluas peralatan dan platform digital yang telah merevolusikan cara kita berkomunikasi, bekerja, dan dalam menjalani kehidupan. Daripada kebangkitan internet dan peranti mudah alih kepada integrasi kecerdasan buatan dan “big data” dalam operasi harian, digitalisasi mampu mengubah industri dan mencipta peluang baharu selain ianya mencabar norma tradisional. Dalam landskap yang berkembang pesat ini, perniagaan dan individu perlu menyesuaikan diri dengan cara beroperasi dan pemikiran yang baharu.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Rashid, Mohd Elfee UNSPECIFIED Ariffin, Iskandar UNSPECIFIED Shabir Ahmad, Bashir Ahmad UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0525 |
Keywords: | Digital, transformasi peradaban, berkomunikasi, bekerja |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104594 |