Prestasi perusahaan kecil di bawah program Tunas Mekar: analisis di peringkat awal / Najihah Marha Yaacob ... [et al.]

Yaacob, Najihah Marha and Mahmood, Rosman and Mat Zin, Sakinah and Puteh, Mazidah (2013) Prestasi perusahaan kecil di bawah program Tunas Mekar: analisis di peringkat awal / Najihah Marha Yaacob ... [et al.]. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Kerajaan telah menyediakan pelbagai program sokongan untuk meningkatkan penglibatan kaum Bumiputera dalam sektor moden. Tunas Mekar merupakan salah satu program kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera daripada kalangan graduan. Meskipun pelbagai kemudahan disediakan samada dalam bentuk kredit atau bukan kewangan, namun hakikatnya penglibatan golongan graduan dalam bidang perniagaan masih lagi berkurangan. Di kalangan mereka yang terlibat juga jelas menunjukkan prestasi dan penguasaan yang masih lagi ketinggalan berbanding dengan pencapaian kaum-kaum lain. Objektif kajian ini adalah untuk melihat faktor-faktor yang boleh mempengaruhi prestasi perusahaan kecil yang diusahakan oleh graduan pada peringkat awal operasi. Berdasarkan analisis regresi berganda, dapatan kajian menunjukkan faktor ciri-ciri keusahawanan, amalan pengurusan serta latihan dan bimbingan mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas prestasi perusahaan kecil di peringkat awal operasi. Manakala faktor pengalaman perniagaan dan jumlah modal permulaan didapati tidak signifikan untuk menerangkan prestasi perusahaan kecil pada peringkat tersebut, Dapatan kajian ini bukan sahaja memberi implikasi ke atas Teori Firma dan Teori Modal Insan, tetapi juga memberi implikasi ke atas pengusaha kecil, penggubal dan pelaksana polisi serta penyelidik. Beberapa cadangan dikemukakan termasuklah program pembangunan diri, meningkatkan kecekapan pengurusan perniagaan menerusi latihan dan bimbingan, program pendedahan dan pemantauan serta menyediakan kemudahan kredit. Bagi kajian masa hadapan, beberapa faktor lain yang dilihat berpotensi seperti sumber kewangan, faktor ekonomi, sokongan kerajaan dan jaringan perniagaan perlulah dimasukkan dalam analisis kajian bagi mendapat gambaran yang lebih menyeluruh tentang faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi perusahaan kecil di peringkat awal operasi.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yaacob, Najihah Marha
UNSPECIFIED
Mahmood, Rosman
UNSPECIFIED
Mat Zin, Sakinah
UNSPECIFIED
Puteh, Mazidah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: Tunas Mekar ; Teori Firma ; Usahawan Bumiputera
Date: June 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104527
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 104527.pdf] Text
104527.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

104527

Indexing

Statistic

Statistic details