Temu: platform digital perniagaan masa hadapan / Iskandar Ariffin, Mohd Elfee Abd Rashid and Dr Bashir Ahmad Shabir Ahmad

Ariffin, Iskandar and Abd Rashid, Mohd Elfee and Shabir Ahmad, Bashir Ahmad (2024) Temu: platform digital perniagaan masa hadapan / Iskandar Ariffin, Mohd Elfee Abd Rashid and Dr Bashir Ahmad Shabir Ahmad. ASPIRASI FPP. ISSN 2735-0525
Abstract

Temu adalah merupakan salah sebuah platform membeli-belah atas talian (online shopping) yang sedang berkembang pesat ketika ini. Platform ini telah ditubuhkan oleh Colin Huang atau lebih dikenali sebagai Huang Zheng di China. Huang merupakan susuk yang bertanggungjawab membangunkan platform membeli-belah Pinduoduo yang berjaya di China sekitar tahun 2015. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang komputer di Universiti Zhejiang dan kemudian bekerja dengan beberapa syarikat teknologi terkemuka dan mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan perisian dan pembangunan produk. Dengan kejayaan Pinduoduo di China, Huang memutuskan untuk memasuki pasaran global melalui pelancaran Temu pada tahun 2022. Temu dibangunkan sebagai platform membeli-belah antarabangsa dengan nama yang diambil dari perkataan Mandarin yang bermaksud "temu" atau "bertemu", mencerminkan misi platform untuk menghubungkan pembeli dan penjual diseluruh dunia. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat pengguna di luar China dengan pendekatan yang sama yang telah berjaya di pasaran domestik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104513.pdf]
Text
104513.pdf
Download (6MB)
Indexing & Metrics