Abstract
Temu adalah merupakan salah sebuah platform membeli-belah atas talian (online shopping) yang sedang berkembang pesat ketika ini. Platform ini telah ditubuhkan oleh Colin Huang atau lebih dikenali sebagai Huang Zheng di China. Huang merupakan susuk yang bertanggungjawab membangunkan platform membeli-belah Pinduoduo yang berjaya di China sekitar tahun 2015. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang komputer di Universiti Zhejiang dan kemudian bekerja dengan beberapa syarikat teknologi terkemuka dan mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan perisian dan pembangunan produk. Dengan kejayaan Pinduoduo di China, Huang memutuskan untuk memasuki pasaran global melalui pelancaran Temu pada tahun 2022. Temu dibangunkan sebagai platform membeli-belah antarabangsa dengan nama yang diambil dari perkataan Mandarin yang bermaksud "temu" atau "bertemu", mencerminkan misi platform untuk menghubungkan pembeli dan penjual diseluruh dunia. Langkah ini bertujuan untuk menarik minat pengguna di luar China dengan pendekatan yang sama yang telah berjaya di pasaran domestik.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ariffin, Iskandar UNSPECIFIED Abd Rashid, Mohd Elfee UNSPECIFIED Shabir Ahmad, Bashir Ahmad UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus |
Journal or Publication Title: | ASPIRASI FPP |
ISSN: | 2735-0525 |
Keywords: | Temu, digital, perniagaan |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104513 |