Punca dan strategi mengatasi kemiskinan dan kelaparan dalam kalangan asnaf / Mohd Al Faiz Jumin ... [et al.].

Jumin, Mohd Al Faiz and Kamruddin, Sharir Aizat and Saiful Bahri, Balqis and Hussin, Siti Fatimah and Mat Nazir, Eliy Nazira (2024) Punca dan strategi mengatasi kemiskinan dan kelaparan dalam kalangan asnaf / Mohd Al Faiz Jumin ... [et al.]. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Kemiskinan dan kelaparan dalam kalangan asnaf adalah isu serius yang memerlukan perhatian mendalam daripada semua warga di Malaysia. Asnaf merujuk kepada golongan yang berhak menerima zakat, termasuk fakir miskin, anak yatim, dan orang kurang upaya. Dalam usaha mengatasi kemiskinan dan kelaparan, adalah penting untuk memahami punca, cabaran, dan penyelesaian yang berkesan untuk membantu golongan yang memerlukan ini. Golongan asnaf menghadapi pelbagai jenis cabaran dalam kehidupan seharian mereka. Kemiskinan dalam kalangan mereka boleh dilihat dalam pelbagai bentuk, di mana individu tersebut tidak mampu memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal hinggalah kemiskinan tersebut mencapai tahap di mana individu tidak dapat menikmati taraf hidup yang biasa berbanding majoriti penduduk di Malaysia. Kelaparan terjadi kerana kemiskinan yang terjadi apabila keluarga atau individu tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membeli makanan yang cukup untuk menampung kehidupan harian.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104491.pdf]
Text
104491.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics