Abstract
Kemiskinan dan kelaparan dalam kalangan asnaf adalah isu serius yang memerlukan perhatian mendalam daripada semua warga di Malaysia. Asnaf merujuk kepada golongan yang berhak menerima zakat, termasuk fakir miskin, anak yatim, dan orang kurang upaya. Dalam usaha mengatasi kemiskinan dan kelaparan, adalah penting untuk memahami punca, cabaran, dan penyelesaian yang berkesan untuk membantu golongan yang memerlukan ini. Golongan asnaf menghadapi pelbagai jenis cabaran dalam kehidupan seharian mereka. Kemiskinan dalam kalangan mereka boleh dilihat dalam pelbagai bentuk, di mana individu tersebut tidak mampu memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal hinggalah kemiskinan tersebut mencapai tahap di mana individu tidak dapat menikmati taraf hidup yang biasa berbanding majoriti penduduk di Malaysia. Kelaparan terjadi kerana kemiskinan yang terjadi apabila keluarga atau individu tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membeli makanan yang cukup untuk menampung kehidupan harian.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jumin, Mohd Al Faiz UNSPECIFIED Kamruddin, Sharir Aizat UNSPECIFIED Saiful Bahri, Balqis UNSPECIFIED Hussin, Siti Fatimah UNSPECIFIED Mat Nazir, Eliy Nazira UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Kemiskinan, kelaparan, asnaf, zakat |
Date: | September 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104491 |