Kupasan terhadap inklusi batu permata Kuarza di Kelantan dari aspek formalistik seni/ Mohd Zamani Daud ... [et al.]

Daud, Mohd Zamani and Ibrahim, Marzuki and Mat Yaakob @ Ariffin, Nur Haizal and Mohd Anuar, Nur Syafinaz and Wan Md Zain, Wan Soliana and Omar, Mazni and Ghazali, Noor Hafiza and Mohd Razali, Hartini (2024) Kupasan terhadap inklusi batu permata Kuarza di Kelantan dari aspek formalistik seni/ Mohd Zamani Daud ... [et al.]. Idealogy Journal, 9 (2). pp. 28-36. ISSN 2550-214X

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan mengupas bentuk dan rekacorak inklusi batu permata dari aspek seni terutama dari sudut formalistic seni yang berkaitan dengan elemen seni dan prinsip rekaan. Penyelidik mendapati terdapat banyak kajian dan kupasan telah dijalankan keatas alam semulajadi seperti flora dan fauna namun belum terdapat kajian keatas batu permata dijalankan. Batu permata merupakan kumpulan mineral yang berharga dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat. Setiap batu permata mempunyai bentuk dan reka corak tersendiri yang digelar sebagai inklusi. Inklusi batu permata memainkan peranan penting untuk mengenalpasti jenis, keaslian, dirawat atau tidak dan negara asal batu permata. Kecantikan dan keunikan inklusi batu permata yang merupakan sebahagian dari sumber alam semulajadi boleh juga dikaitkan dengan seni kerana ia mempunyai sifat-sifat artistik yang tersendiri. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah pemerhatian dan analisis dokumen inklusi batu permata. Kupasan dan analisa dijalankan terhadap terhadap lima (5) batu permata kuarza yang diperolehi di sekitar negeri Kelantan. Jenis batu permata yang dijalankan terdiri dari akik (agate), batu jarum emas (rutile quartz), kecubung (amethyst) dan kristal (rock crystal).Sumber gambar inklusi diperolehi sendiri dari penyelidik dengan menggunakan gemologi mikrokop jenama Motic SMZ171 7.5X-50X dengan tambahan pencahayaan dari LED Fiber Optic Illuminator. Manakala hasil gambar inklusi dirakam dengan menggunakan kamera jenama Nikon SMZ 1500. Jenis inklusi yang dianalisa adalah band pattern, needle inclusion, tiger stripe inclusion dan liquid inclusion. Analisa inklusi batu permata dari aspek seni lukis dan seni reka khususnya sudut formalistik seni telah berjaya diterjemahkan dan hasil penyelidikan ini sesuai untuk dicadangkan sebagai bahan kajian (subject matter) bagi pengkarya menghasilkan sesuatu karya seni.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Daud, Mohd Zamani
zamani266@uitm.edu.my
Ibrahim, Marzuki
marzukiibrahim@unisza.edu.my
Mat Yaakob @ Ariffin, Nur Haizal
haizal@unisza.edu.my
Mohd Anuar, Nur Syafinaz
syafinaz342@uitm.edu.my
Wan Md Zain, Wan Soliana
wliana411@uitm.edu.my
Omar, Mazni
mazni867@uitm.edu.my
Ghazali, Noor Hafiza
nhafiza@uitm.edu.my
Mohd Razali, Hartini
hartini42@uitm.edu.my
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
N Fine Arts > NX Arts in general > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design
Journal or Publication Title: Idealogy Journal
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ)
ISSN: 2550-214X
Volume: 9
Number: 2
Page Range: pp. 28-36
Keywords: Inklusi; Batu Permata Kuarza; Kelantan; Formalistik Seni
Date: September 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104490
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 104490.pdf] Text
104490.pdf

Download (1MB)

ID Number

104490

Indexing

Statistic

Statistic details