Animasi agen pedagogi talking-head pelbagai tahap realistik dan kesannya terhadap emosi: suatu kerangka konseptual / Muhammad Ihsan Rokeman, Ahmad Zamzuri Mohamad Ali and Mohd Khairulnizam Ramlie

Rokeman, Muhammad Ihsan and Mohamad Ali, Ahmad Zamzuri and Ramlie, Mohd Khairulnizam (2024) Animasi agen pedagogi talking-head pelbagai tahap realistik dan kesannya terhadap emosi: suatu kerangka konseptual / Muhammad Ihsan Rokeman, Ahmad Zamzuri Mohamad Ali and Mohd Khairulnizam Ramlie. Idealogy Journal, 9 (2). pp. 1-9. ISSN 2550-214X
Identification Number (DOI): 10.24191/idealogy.v9i2.430
Abstract

Animasi agen pedagogi talking-head mampu menarik perhatian pengguna dan boleh digunakan sebagai agen pedagogi dalam medium pembelajaran digital. Namun, animasi talking-head berpotensi untuk mengakibatkan gangguan emosi dan perasaan tidak selesa terhadap pengguna apabila karakter animasi talking-head direka bentuk terlalu realistik. Perasaan tidak selesa ini dikenali sebagai fenomenon Uncanny Valley dan diperkenalkan Masahiro Mori pada tahun 1970 melalui kajiannya. Oleh itu, kertas kajian ini akan membincangkan serta mencadangkan suatu kerangka konseptual sebagai panduan untuk kajian-kajian berkaitan permasalahan ini. Kertas kajian ini akan membincangkan kepentingan dalam pemilihan karakter animasi dengan tahap realistik yang betul untuk mengelakkan kesan fenomenon Uncanny Valley. Kerangka konseptual ini dibina berdasarkan teori, prinsip dan tinjauan literatur yang dilakukan. Kertas kajian ini juga mencadangkan kajian lanjutan untuk mengukuhkan kerangka konseptual yang dibina.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104485.pdf]
Text
104485.pdf
Download (558kB)
Indexing & Metrics