Abstract
Objektif Kualiti Perpustakaan UiTM adalah untuk memastikan peningkatan pinjaman bahan bercetak oleh pelanggan sebanyak 3% setahun. Jumlah pinjaman buku di PTAR 1 sejak 2007 hingga April 2009 adalah sebanyak 213,225 naskah. Proses pinjaman buku dilaksanakan dengan menggunakan Mesin Pinjaman Buku Layan Diri atau (MPLD). Di PTAR 1 seunit MPLD semakin tidak mencukupi terutama pada waktu puncak Uam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang). Kajian telah dibuat dimana dalam tempoh lima hari bekerja PTAR 1 hanya berupaya memproses pinjaman sebanyak 368 naskah. lni bermakna dalam tempoh 1 jam purata sehari di waktu puncak hanya 7 4 naskah sahaja buku dapat dipinjam oleh pelanggan. Penyelesaian yang jelas adalah dengan membeli MPLD tambahan dengan harga RM142,557 seunit. Waiau bagaimanapun, dengan penyelesaian kreatif dan inovatif KIK e-WAVE, mesin yang menandingi keupayaan MPLD sedia ada telah berjaya dicipta hanya dengan kos sebanyak RM16,643.00. lnovasi MPLD KIK e-WAVE ini telah berjaya meningkatkan keupayaan memproses pinjaman buku PTAR 1 pada waktu puncak dan telah berjaya meningkatkan pinjaman dalam tempoh lima hari bekerja daripada 368 naskah kepada 917 naskah. Tempoh proses pinjaman buku bagi seorang pelanggan dapat disingkatkan secara purata daripada 15 saat kepada 11 saat bagi sebuah buku.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | Konvensyen ICC MPC 2009 Wilayah Pantai Timur |
Event Title: | Konvensyen ICC MPC 2009 Wilayah Pantai Timur |
Event Dates: | 22-23 Jun 2009 |
Page Range: | pp. 1-135 |
Keywords: | KIK, KIK UiTM, Konvension, Innovation, e-Wave |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104424 |