Abstract
Apabila Ketua Sahagian Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal (BPBPT) Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengeluarkan arahan supaya meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Unit Jilid, SOVLE telah ditugas untuk menganalisis tahap kesukaran setiap tugas utama. Hasil kajian berdasarkan data-data bagi tahun 2008, didapati tahap kesukaran menyediakan kekulit buku amat nyata. Penyediaan kekulit buku adalah membuat kulit keras untuk mengantikan kulit buku yang rosak, membuat atau mengganti kulit buku atau bahan perpustakaan yang nipis atau permintaan pelanggan untuk kerja penjilidan laporan atau buku-buku khas. Tahap kesukaran menyedia kekulit buku bukan sahaja menjejaskan prestasi stat hingga tidak mencapai sasaran kerja bulanan malah stat bertugas terdedah kepada risiko kerja mengikut piawai Risk Factor Checklis - Manual Handling yang dikeluarkan oleh Government of South Australia, 2006. Berpandukan kepada penilaian tersebut, stat adalah terdedah kepada risiko kecederaan kerana mengangkat bahan kekulit buku yang melebihi 40 kg dan penggunaan 'cutter' yang tajam ketika memotong bahan tersebut. Justeru, SOLVE telah berjaya mencipta alat bagi mengatasi atau menghapuskan kesukaran penyediaan kekulit buku. Alat baru dalam industri penjilidan ini dikenali sebagai SOLVE MACHINE CUTTER atau SMC. Malah SMC telah menghapuskan risiko kecederaan kepada stat bertugas.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Other) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
Journal or Publication Title: | Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) peringkat IPTA kali ke-6 2010 |
Page Range: | pp. 1-137 |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104398 |