Abstract
Setiap individu yang berkerjaya pasti mempunyai keinginan untuk memiliki aset sama ada dalam bentuk tanah, kenderaan mahu pun rumah. Pembelian aset-aset ini bukanlah suatu pelaburan dan perbelanjaan yang kecil, bahkan ia mendorong seseorang individu untuk berhutang dengan cara membuat pinjaman daripada institusi perbankan. Sebagai pembeli, anda perlu membuat perancangan kewangan yang rapi bagi memastikan pendapatan bulanan yangditerima dapat diperuntukkan sebaik mungkin, di samping mengetahui kemampuan anda untuk membayar hutang-hutang tersebut. Kebiasaannya, kebanyakan syarikat jualan kenderaan, ejen hartanah atau pemaju perumahan akan mewajibkan pembeli untuk menyediakan duit pendahuluan terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli rumah teres setingkat berharga RM 300000, maka anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya 10% deposit daripadaharga rumah berkenaan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Idris, Wan Mohd Rizlan UNSPECIFIED Md Rashid, Siti Nafisah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | APB Rembau e-Bulletin |
ISSN: | 2682-776X |
Keywords: | Pembelian, wang, deposit, kenderaan, ejen hartanah |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104343 |