Menentukan model telahan terbaik bagi pengeluaran getah asli Malaysia menggunakan kaedah analisis siri masa

Mohd Salim, Norliana (2002) Menentukan model telahan terbaik bagi pengeluaran getah asli Malaysia menggunakan kaedah analisis siri masa. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membina model bagi meramalkan pengeluaran getah asli Malaysia. Kaedah telahan telah digunakan dan beberapa model siri masa telah dibina bagi mendapatkan model telahan yang terbaik bagi membuat ramalan. Kaedah terbaik dikenalpasti dengan melihat kepada nilai ralat yang diperolehi. Bagi kajian ini, kaedah Winters' adalah kaedah yang terbaik di mana nilai ralat Min Peratus Ralat Mutlak (MPRM) dan Min Sisihan Mutlak (MSM) yang diperolehi adalah yang terkecil berbanding kaedah-kaedah lain. Didapati pengeluaran getah asli Malaysia agak tidak memberangsangkan daripada telahan yang dibuat. Oleh itu, diharap kajian ini dapat membantu pihak-pihak tertentu dalam menentukan pasaran getah asli negara supaya Malaysia dapat menguasai semula pasaran antarabangsa dan menjadi antara pengeluar getah asli terkemuka di dunia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 104282.pdf]
Text
104282.pdf
Download (127kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
Item Status
Indexing & Metrics