Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membina model bagi meramalkan pengeluaran getah asli Malaysia. Kaedah telahan telah digunakan dan beberapa model siri masa telah dibina bagi mendapatkan model telahan yang terbaik bagi membuat ramalan. Kaedah terbaik dikenalpasti dengan melihat kepada nilai ralat yang diperolehi. Bagi kajian ini, kaedah Winters' adalah kaedah yang terbaik di mana nilai ralat Min Peratus Ralat Mutlak (MPRM) dan Min Sisihan Mutlak (MSM) yang diperolehi adalah yang terkecil berbanding kaedah-kaedah lain. Didapati pengeluaran getah asli Malaysia agak tidak memberangsangkan daripada telahan yang dibuat. Oleh itu, diharap kajian ini dapat membantu pihak-pihak tertentu dalam menentukan pasaran getah asli negara supaya Malaysia dapat menguasai semula pasaran antarabangsa dan menjadi antara pengeluar getah asli terkemuka di dunia.
Metadata
| Item Type: | Student Project |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Salim, Norliana 2000251239 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Vani, Mangalam UNSPECIFIED |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Price S Agriculture > SB Plant culture > Field crops > Gum and resin plants > Rubber plants |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Information Management |
| Programme: | Bachelor of Science (Hons.) in Statistics |
| Keywords: | Industri getah, Eksport, Kaedah Box-Jenkins |
| Date: | 2002 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/104282 |
Download
104282.pdf
Download (127kB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
104282
Indexing
