Abstract
Penghasilan tesis ini bertujuan untuk menyingkap sejarah pembentukan logam melalui teknik tuangan. Pembentukan logam yang dimaksudkan adalah mengenai proses penghasilan kerongsang yang digunakan sebagai perhiasan pada pakaian. Kerongsang bukan sahaja dipakai pada pakaian tetapi terselit rahsia disebalik corak dan rekabentuknya. Penulis juga cuba menyalurkan pengetahuan kepada masyarakat tentang kepentingan kerongsang bahawa ia bukanlah satu perkara yang remeh-temeh dan tidak perlu diambil tahu. Selain itu, penulis ingin mendedahkan kepada masyarakat tentang proses pembuatan kerongsang melalui teknik tuangan. Di samping itu, penulis membincangkan mengenai fungsi, jenis dan penggunaanya pada masa kini. Penulis juga mengenalpasti jenis logam yang sesuai digunakan serta kelebihan teknik tuangan dalam penghasilan kerongsang.
Metadata
| Item Type: | Thesis (Degree) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yusof, Yusazleen UNSPECIFIED |
| Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design > Other arts and art industries N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Metalwork |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
| Programme: | Ijazah Sarjana Muda Senireka Logam Halus |
| Keywords: | Kerongsang, Penghasilan, Teknik tuangan |
| Date: | 1993 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103349 |
Download
103349.PDF
Download (307kB)
Digital Copy
Physical Copy
ID Number
103349
Indexing
