Kajian potensi kawasan perkelahan Sungai Tua sebagai kawasan rekreasi pinggir bandar / Affendei Samingan

Samingan, Affendei (1998) Kajian potensi kawasan perkelahan Sungai Tua sebagai kawasan rekreasi pinggir bandar / Affendei Samingan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Malaysia pada hari ini dengan pembangunan ekonomi yang meningkat dengan pelbagai kemajuan telah menjadikan ketidakseimbangan di antara aspek fizikal dan rekreasi. Ini telah memberikan kesan yang kurang baik kepada perjalanan ekosistem bumi yang mana kian hari tahap kepanasanya meningkat di dalam bandar. Hari ini keseimbangan itu perlulah diberikan penekanan. Ini adalah kerana memandangkan manusia masih memerlukan aspek yang menjadi keperluan di dalam kehidupan manusia untuk mendapatkan ketenangan dari kehidupan harian yang sentiasa sibuk di hutan batu yang penuh dengan berbagai pencemaran udara dan sebagainya. Kawasan rekreasi adalah merupakan kawasan yang mampu memenuhi kehendak manusia di dalam mengurangkan tekanan, kebosanan atau sebaliknya iaitu memberi ilham serta idea-idea yang bernas kepada manusia. Tahap permintaan yang wujud di dalam bandar pada hari ini juga tidak mampu dipenuhi oleh kemudahan kawasan rekreasi sedia ada memandangkan jumlah yang disediakan hanyalah sedikit sahaja. Ini amatlah berbeza jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan rekreasi di pendalaman seperti di kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan-hutan simpan di mana kawasan rekreasinya yang asli mampu memberikan kepuasan kepada mereka yang ingin berekreasi. Masalah ini telah timbul kepada mereka-mereka di kawasan bandar untuk mendapatkan kawasan seperti itu memandangkan-kebanyakkannya tempat rekreasi yang wujud di dalam bandar adalah dihasilkan oleh manusia seperti di Taman Tasik Titiwangsa, Tasik Perdana, Taman Tasik Permaisuri dan sebagainya. Banyak kajian telah menunjukkan manusia lebih gemar beriadah ke tempat-tempat yang berunsurkan semulajadi seperti di sungai-sungai, jeram dan sebagainya. Ini secara tidak langsung kawasan rekreasi pinggir bandar perlulah dikenalpasti bagi memenuhi permintaan. "Kajian Potensi Kawasan Perkelahan Sungai Tua Sebagai Kawasan Rekreasi Pinggir Bandar" ini akan cuba mengenalpasti potensi yang ada di kawasan kajian ini bagi mengeksploitasikan kawasan rekreasi pinggir bandar ini kepada masyarakat di kota untuk mendapat kemudahan rekreasi. Di samping itu beberapa faktor akan dikaji sebagai tarikan kepada imej kawasan kajian. Melalui kesemua ini maka satu cadangan akan dibentuk sebagai menjadi satu daripada syarat untuk melengkapkan perlaksanaan kajian ini dijalankan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Samingan, Affendei
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Abbas, Rustam
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LA History of education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma of Surveying Science
Keywords: kawasan perkelahan, Sungai Tua
Date: 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103274
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 103274.PDF] Text
103274.PDF

Download (333kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

103274

Indexing

Statistic

Statistic details