Penonjolan Budaya Masyarakat Baba dan Nyonya melalui Rekacorak Pakaian / Rafidah A'ilyani Abd Razak

Abd Razak, Rafidah A'ilyani (1998) Penonjolan Budaya Masyarakat Baba dan Nyonya melalui Rekacorak Pakaian / Rafidah A'ilyani Abd Razak. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Melalui buktI sejarah didapati bahawa orang Cina telah mengunjungi Tanah Melayu ini semenjak awal abad ke 15 tetapi mereka hanyalah sebagai pendatang dan akan kembali ke negeri China setelah semua urusan perniagaan selesai. Dengan pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris dalam tahun 1786 dan Melaka pula dijadikan tanah jajahan Inggeris dalam tahun 1824, ekoran daripada perjanjian Inggeris - Belanda dan dalam tahun 1819 pula Singapura telah jatuh ke tangan Inggeris. Semenjak Inggeris berkuasa itulah orang - orang Cina menetap di negeri - negeri Selat (Melaka, Pulau Pinang, Simgapura). Orang Cina yang menetap di negeri - negeri Selat ini biasanya dipanggil Baba dan Nyonya atau golongan Cina Peranakan. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai Baba kerana kebudayaan mereka berasal daripada warisan tradisi Cina tetapi juga mempunyai pengaruh kebudayaan Melayu. Masyarakat Baba dan Nyonya ini telah mengambil beberapa aspek kebudayaan Melayu dan Inggeris dalam kehidupan mereka. Masyarakat Baba dan Nyonya adalah segolongan kaum Cina yang unik kedudukannya di antara kaum Cina yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Kebanyakan mereka tidak boleh bertutur dalam Bahasa Cina tetapi bertutur dalam bahasa pasar atau Bahasa Melayu Peranakan iaiatu mirip kepada Bahasa Melayu. Generasi Nyonya (Baba Perempuan) masih memakai pakaian kebaya dan kain sarung sebagaimana yang dipakai oleh orang - orang Melayu. Kebaya yang mereka pakai lebih menarik kerana terdapat banyak sulaman - sulaman daripada benang yang berwarna - warni yang disulam berbagai bentuk seperti bunga, daun dan sebagainya.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Razak, Rafidah A'ilyani
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design
Programme: Bachelor Art and Design
Date: 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103266
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 103266.PDF] Text
103266.PDF

Download (174kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

103266

Indexing

Statistic

Statistic details