Abstract
Tesis ini adalah mengenai kajian faktor pengaruh budaya terhadap cara berpakaian yang berhubungkait diantara satu sama lain . Imej barat pada stail pakaian remaja yang dikatakan wujud dan dilihat berleluasa di negara kita masakini pada stail dan cara pemakaian remaja di Malaysia khususnya di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sekitar Klang . Kajian yang dilakukan adalah kepada remaja dan juga belia yang berumur 25 tahun ke bawah dan di peringkat sekolah . Gambaran di buat berdasarkan senario dan cara hidup mereka serta cara mereka berpakaian mengikut budaya- budaya tertentu . Di dalam tesis ini tiga budaya iaitu skinheads , skaters dan punks adalah isu utama dalam memahami psikologi remaja serta budaya mereka . Sejarah dan latarbelakang tentang skinheads , skaters dan punks juga di bentangkan . Pengaruh budaya barat ini juga diterangkan sebagai pemahaman terhadap kedatangan dan terjadinya budaya tersebut . Stail padanan dan perbandingan diantara stail barat dan stail di Malaysia juga ada diselitkan dalam bab seterusnya , dan penerimaanya oleh remaja di Malaysia . Ia adalah untuk mengetahui kesannya terhadap industri fesyen masakini.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Redha Norlaziha UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
Programme: | Bachelor Degree in Fashion Design |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/103251 |
Download
103251.PDF
Download (278kB)